ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

My Exchange Banner

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Outright online bookkeeping for just $9.99 / mo!

Wednesday, May 4, 2011

Anwar: PR bersiap sedia hadapi PRU 13 tahun ini

Sulaiman Kamal | 1:09 AM | Best Blogger Tips

Do You Like This Story?



Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal dijalankan pada bila-bila masa, termasuk tahun ini.  Beliau mengumumkan bahawa pertemuan tertutup antara pimpinan PR akan diadakan dalam tempoh dua minggu untuk membincangkan dasar-dasar bersama, selain mengeratkan perhubungan yang sering cuba ditimbulkan kesangsian oleh UMNO-Barisan Nasional.

Beliau berkata sedemikian dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR, selepas mesyuarat pimpinan PR, yang dihadiri Presiden Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Tan Seng Giaw, dan pimpinan lain dalam Pakatan Rakyat.

Antara isu yang dibangkitkan termasuklah kabinet bayangan Sarawak yang dibentuk dari pimpinan PR, isu loji pemprosesan rare earth Lynas di Gebeng, Kuantan, selain memberi reaksi terhadap isu-isu yang dibangkitkan media.  Anwar berkata, kabinet bayangan PR Sarawak yang diumumkan pada 1 Mei 2011 bukanlah barisan yang muktamad, dan masih dalam perbincangan.

Desak BN dengar bantahan rakyat

Beliau turut membangkitkan isu Lynas yang kini menjadi tumpuan bukan sahaja tempatan, tetapi antarabangsa.

"Di antaranya kurang ketelusan, belum ada pendedahan laporan EIA, tiada maklumat terperinci dan rundingan dengan masyarakat di kawasan terlibat, di sekitar Kuantan," sebelum Anwar (gambar kanan) meneruskan, "Kesan radioaktif walaupun dinafikan kerajaan Malaysia tidak meyakinkan, kerana keterangan dari kertas asal Australia itu berbeda.  Dan keduanya, kenyataan menteri Australi bahawa buangan bahan radioaktif itu tidak akan dibawa balik ke Australia dan akan disimpan atau ditanam di Malaysia."

PR mendesak agar kerajaan mendengar bantahan ini dan tidak mengambil risiko yang membahayakan 
keselamatan rakyat.

Ujian Poligraf

Sekali lagi, isu "video seks" yang didedahkan "Datuk T" dibangkitkan wartawan.  Walaupun membiarkan wartawan mengajukan soalannya, bahawa sama ada Anwar akan menyahut cabaran Shazryl Eskay Abdullah untuk menjalani ujian poligraf, namun Anwar menganggap itu "bukan isu" (non-issue).

Presiden PAS Hadi Awang mencelah apabila wartawan cuba melontarkan soalan seterusnya berhubung isu ini, berkata "Kita nak perintah Malaysia, bukan soalan berkait individu."

Sebelum ini, Hadi turut mendakwa bahawa cara bersumpah Shazryl Eskay Abdullah adalah salah, "Angkat kitab Quran tetapi tidak mengikut hukum dalam Quran".

1Malaysia kepada Cina dan India

Ketika ditanya isu perpaduan Melayu, Anwar membidas Presiden UMNO Najib yang menyajikan 1Malaysia kepada Cina dan India, pada masa yang sama 1Melayu untuk Melayu.  "Beliau ingat orang Malaysia kurang bijak," sindirnya sambil menambah bahawa langkah-langkah ini menunjukkan bahawa BN semakin terdesak.

Recent Comments

Blogger Gadgets