ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

My Exchange Banner

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Outright online bookkeeping for just $9.99 / mo!

Tuesday, May 3, 2011

BOLEHKAH BUKAN MELAYU JADI PM MALAYSIA?

Unknown | 1:52 AM | | Best Blogger Tips

Do You Like This Story?


Yang Tersurat dan Tersirat

Untuk difikirkan bersama.


BOLEHKAH seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia? Tanya soalan ini kepada orang Melayu, apakah jawapannya? Tanya kepada bukan Melayu, tentulah boleh. Tapi saya ingin tahu jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada soalan ini, sebab dia  menjunjung  Ketuanan Rakyat dan  telah  menolak Ketuanan Melayu.  

Kita putar sedikit soalan ini. Bolehkah seorang Melayu bukan beragama Islam menjadi Perdana Menteri Malaysia? Bukan Melayu mungkin menjawab boleh. Saya tidak tahu apa yang akan dijawab oleh orang Melayu. Mungkin ada yang akan membidas, mana ada orang Melayu bukan Islam. Sebabnya,  menurut Perlembagaan Malaysia, orang Melayu mestilah beragama Islam. Kalau dia bukan Islam, maka gugurlah taraf Melayunya.

Kita ubah lagi soalan ini. Bolehkah seorang bukan Melayu yang beragama Islam menjadi Perdana Menteri Malaysia? Untuk pengetahuan, sudah ada orang Melayu yang memberikan jawapan boleh kepada soalan ini. Orangnya ialah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam interviu eksklusif dengan akhbar Sin Chew pada April lalu, beliau menyatakan Pas bersedia  menerima  orang Cina menjadi Perdana  Menteri Malaysia dengan syarat  dia mestilah beragama Islam dan memperjuangkan  Islam. 

Ingin ditanya Karpal Singh, apakah beliau setuju kepada kenyataan Nik Aziz? Kalau Karpal mahu jadi Perdana Menteri, Nik Aziz akan sokong dengan syarat dia masuk Islam dan memperjuangkan Islam.

Dengar khabarnya, jika Pakatan Rakyat berjaya menggulingkan kerajaan BN melalui lompatan  berpaling tadah sekurang-kurangnya 30 orang  Ahli Parlimen  BN,  orang yang akan  jadi Perdana Menteri ialah  Anwar Ibrahim. Timbalannya ialah Lim Kit Siang. Jika Pas tidak setuju, kenalah Anwar melantik seorang lagi Timbalan Perdana Menteri daripada Pas, barangkali Datuk Seri Hadi Awang.

Apa komen Nik Aziz mengenai lompat parti? Menurut Harakah Daily, Nik Aziz tidak setuju diadakan peraturan atau undang-undang untuk menyekat Ahli Parlimen bertukar menjadi katak yang melompat dari parti ke parti. Tuan Guru, bagaimana jika yang melompat itu kerana dibayar wang yang jumlahnya membolehkan si katak ``senang-lenang tiga generasi'' ? 

Nampaknya kita sudah melencong sedikit daripada persoalan asal yang hendak dibincangkan. Persoalan asal ialah mengenai Ketuanan Melayu yang diasaskan oleh UMNO di zaman perjuangan kemerdekaan dulu dan dipakai sehingga keadaan mulai berubah selepas pilihan raya umum 2008.

Dulu Ketuanan Melayu adalah jelas dan tidak pun menyalahi perlembagaan. Semua kaum menerima kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Perdana Menteri tiada siapa membantah tradisi orang Melayu menjadi Perdana Menteri. Dan tiada siapa boleh membantah kedudukan raja-raja Melayu walaupun hanya orang Melayu sahaja boleh jadi raja.

Tapi nampaknya sebilangan pemimpin UMNO sendiri sudah mulai goyah, malah bersikap apologetik (rasa bersalah) terhadap konsep Ketuanan Melayu yang mereka junjung dan laungkan selama ini. Lihatlah Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn. Bukan sahaja beliau memohon maaf atas perbuatannya menghunus keris pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO dulu, malah cuba memberikan tafsiran baru kepada Ketuanan Melayu.

Katanya bukan Melayu salah faham tentang Ketuanan Melayu. Ia bukan bermakna Melayu jadi tuan dan bukan Melayu jadi hamba. Tiada siapa pun yang menyatakan orang Melayu jadi tuan dan bukan Melayu jadi hamba.

Ketuanan Melayu bermaksud kuasa politik mestilah berada pada tangan orang Melayu kerana sejarah negara ini dan majoriti penduduknya adalah Melayu. Jika bukan Melayu yang memegang pucuk pimpinan kerajaan, akan berlakulah keadaan yang tidak harmoni, malah akan berlaku kekacauan. Lainlah jika semua orang Melayu berubah fikiran dan bersedia membenarkan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

Andainya semua orang Melayu bersetuju, Yang di-Pertuan Agong juga mestilah memperkenankannya. Jika baginda tidak berkenan, pun tidak boleh. Oleh kerana Seri Paduka adalah orang Melayu, maka Ketuanan Melayu tetap unggul. Lihatlah apa yang baru berlaku di Perak. Walaupun Pas memegang bilangan kerusi yang sedikit berbanding DAP, Sultan Perak hanya memperkenankan wakil daripada Pas menjadi Menteri Besar.

Maka janganlah ada pemimpin Melayu yang apologetik tentang hal ini. Janganlah kerana takutkan gertakan rakan-rakan bukan Melayu dalam BN, lalu meminta maaf tentang Ketuanan Melayu. Disebabkan pemimpin-pemimpin UMNO terlalu apologetik tentang hal ini, maka kedudukan Ketuanan Melayu dianggap goyah dan diasak. Jangan gentar dengan seruan beberapa pemimpin MCA yang melaungkan kononnya politik pelbagai kaum adalah agenda sekarang. Itu permainan politik mereka kerana mahu memancing undi menjelang pemilihan parti tidak lama lagi.

Suara yang lantang mengenai Ketuanan Melayu turut  datang daripada Datuk Seri Chua Soi Lek, bekas Menteri Kesihatan yang mahu merebut jawatan Presiden MCA daripada Datuk Seri Ong Ka Ting. Sebab itulah Soi Lek dalam tulisan blognya telah memperlekeh para peserta Kongres Permuafakatan Melayu yang berlansung di Johor Bahru. Katanya, ahli-ahli akademik Melayu yang bercakap pada kongres itu mempunyai `otak arnab.' Apakah beliau menghina para kademik Melayu itu sekadar untuk memikat hati perwakilan MCA yang akan memilih pemimpin pada mesyuarat tahunan parti akan datang?

Hakikatnya, mempertahankan Ketuanan Melayu bukan  bererti  menganiaya  bukan Melayu. Mereka juga mempunyai hak sebagai rakyat, dan hak-hak itu hendaklah diberikan  secara adil dan saksama.  Kemarahan  hanya  menjelma  apabila  ketidakadilan  tidak berlaku. Jika  ketidakadilan ini dibiarkan berterusan, akhirnya  mereka akan  menuntut  yang  bukan-bukan  pula. Sebilangan mereka hanya bermain politik dan bermain api.

Sayang sekali sudah ada orang Melayu sendiri yang menolak Ketuanan Melayu. Anwar menolak Ketuanan Melayu kerana dia mahu menjala sokongan politik bukan Melayu untuk membolehkannya menjadi Perdana Menteri dan menegakkan Ketuanan Anwar. Anwar sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat menjadi Perdana Menteri. Beliau pandai bermain politik, tapi hanya mereka yang kelabu pandangan sahaja mudah terpedaya dengannya. Nampaknya memang ramai yang kelabu mata dan kelabu hati.

Nik Aziz  pula sudah mengusulkan satu konsep ketuanan baru. Dengan menyatakan kesediaan untuk menerima orang Cina menjadi Perdana Menteri dengan syarat dia bergama Islam dan memperjuangkan Islam, maka Mursyidul Am Pas itu telah menonjolkan Ketuanan Islam. Hakikatnya berapa orang Cina Islam yang menganggotai Pas? Tidak ramai, tapi Nik Aziz telah membuat satu tawaran yang dilihat oleh bukan Melayu sebagai tidak perkauman.

Bagaimanapun kita belum mendengar lagi Hadi Awang bercakap tentang syor Nik Aziz itu. Kelihatan kebelakangan ini Nik Aziz lebih ke depan daripada Hadi Awang dalam mencorakkan arah tuju Pas.  Nik Aziz lebih berani bercakap mengenai pelbagai isu politik.
 
Hadi Awang kebelakangan ini tidak banyak bercakap seperti Nik Aziz. Barangkali beliau mahu menjaga hati Anwar dan Kit Siang. Barangkali beliau telah bermimpi untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri kerajaan Pakatan Rakyat. -

Recent Comments

Blogger Gadgets