ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

My Exchange Banner

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Outright online bookkeeping for just $9.99 / mo!

Sunday, May 15, 2011

PKR siap tawan 20 Dun Umno-BN S’gor

Unknown | 9:44 PM | Best Blogger Tips

Do You Like This Story?



Isu penyelewengan dan politik fitnah Umno membuatkan pengundi terutama pengundi Melayu di luar bandar muak kepada BN dan simpati kepada pimpinan Pakatan Rakyat.

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Selangor bersiap siaga dan telah mengenal pasti untuk menawan 20 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) nanti.
Ketua Penerangan, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, dari 20 kawasan Dun ini, pihak jawatankuasa pilihan raya dan penerangan AMK Selangor telah mengenal pasti 17 kawasan yang kini dipegang oleh Umno-Barisan Nasional (BN) yang mempunyai peluang cerah untuk dimenangi oleh Pakatan Rakyat.
“Jentera AMK cabang-cabang di Selangor pasca pemilihan 2010 telah memberi nafas baru kepada AMK dengan mengadun gandingan tokoh-tokoh muka baru dan lama.
“Selain daripada itu, latihan dan persediaan jentera AMK yang giat dijalankan memberikan keyakinan cerah kepada parti dan rakyat di dalam 20 Dun ini berhadapan dengan PRU ke 13,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Saifullah berkata, selain daripada struktur dalam AMK yang semakin kukuh, isu-isu penyelewengan dan politik fitnah Umno
membuatkan pengundi terutama pengundi Melayu di luar bandar muak kepada BN dan simpati kepada pimpinan Pakatan Rakyat.
“Lebih malang lagi, salah urustadbir ekonomi dengan kenaikan harga barang dan minyak menekan kos sara hidup rakyat terbanyak yang secara senyap bangun menuntut perubahan,” tambahnya.
Menurut beliau, kumpulan sasaran yang paling terkesan kerana ketamakan Umno-BN ini adalah sekitar 700,000 pengundi muda di bawah 39 tahun.
AMK Selangor katanya, lebih yakin dapat menawan 20 kawasan Dun ini kerana prestasi buruk Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Dato Seri Noh Omar dan kelembapan Pemuda Umno Selangor yang sehingga hari ini bertelagah dan berpecah sesama sendiri.
“AMK Selangor beriltizam dan bertekad merampas 20 Dun Umno-BN di samping mempertahankan 36 Dun yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam mendepani PRU-13 yang semakin hampir menerusi strategi menawan hati rakyat.

Recent Comments

Blogger Gadgets