ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

My Exchange Banner

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Outright online bookkeeping for just $9.99 / mo!

Thursday, May 5, 2011

PMIUM: Hentikan Perdagangan Wanita

Unknown | 8:04 PM | Best Blogger Tips

Do You Like This Story?


Saperti yang anda ketahui. Malaysia akan menjadi sebuah negara pengeluar video lucah yang terbesar dan sebaris dengan negara negara pengeluar lain.Kerajaan B'end seolah olah telah memberi lampu hijau atau kelulusan untuk semua pengusaha pengusaha filem lucah untuk berbuat demikian.Tidak mustahil ia akan berlaku.

Najib dan ulamak ulamaknya tidak akan memperdulikan apa akibat dari pendidikan politik lucah yang terbuka sebeginilah yang menjadi punca kehancuran pemikiran anak bangsa.  Gambar-gambar aksi yang memperlihatkan tubuh badan wanita secara jelas ini memberi gambaran bahawa maruah wanita diletakkan di tempat yang paling rendah bahkan boleh dipijak-pijak.

Ulamak ulamak Najib akan terus berdiam diri seakan akan menjadi benggong serta tolol buat selama lamanya.Diman mufti mufti, dimana ahli ulamak ahli ulamak, dimana ustaz ustaz, diman ustazah ustazah yang hanya pandai berkata kata tapi semuanya hanya sekadar sendiwara.Semuanya sekadar menjaga periuk nasi sendiri.

Buka mata dan buka minda engko orang, lihat apa yang sedang berlaku dan akan berlaku.Jangan jadi bodoh dan dayus.Dayus kerana takut untuk menegakkan kebenaran.Bodoh kerana merelakan segala kemungkaran berlaku didepan mata.


Saya mewakili PMIUM dan juga merangkap koordinator pertubuhan Sisters in Movement (SIM) tidak bersetuju dengan beberapa isu yang melibatkan perdagangan wanita.  Lebih-lebih lagi mengenai tindakan biadab Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) yang mengeluarkan arahan peraturan mewajbkan pemain badminton wanita memakai skirt.  Kononnya bertujuan memastikan aksi lebih menarik dapat ditonjolkan untuk menarik lebih ramai penonton dan penaja.

Saya tidak menyangka masih terdapat mentaliti mundur sebegini di dalam peradaban dunia serba maju.  Tindakan biadap BWF ini memperlihatkan pertandingan-pertandingan kejohanan badminton yang melibatkan pemain wanita hanyalah medan memperagakan badan dan memperdagangkan tubuh.  BWF sebenarnya sudah lari daripada matlamat sebenar kejohanan-kejohanan sukan diadakan.

Saya mewakili wanita khususnya mahasiswi mendesak agar Kementerian Belia dan Sukan membantah isu ini di peringkat nasional.  Peraturan ini hakikatnya bertentangan dengan budaya masyarakat Malaysia yang mementingkan etika dalam pemakaian.  Jika tidak ada tindakan bantahan di peringkat Kementerian, saya khuatiri peraturan ini bakal dikuatkuasakan di Malaysia.

Seperkara lagi yang lebih memualkan adalah isu video lucah yang lebih biadap memperlihatkan tubuh badan wanita seenaknya.  Aksi-aksi "dalam kelambu" sebegitu tidak patut diperlihatkan di pentas umum.  Pendidikan politik lucah yang terbuka sebeginilah yang menjadi punca kehancuran pemikiran anak bangsa.  Gambar-gambar aksi yang memperlihatkan tubuh badan wanita secara jelas ini memberi gambaran bahawa maruah wanita diletakkan di tempat yang paling rendah bahkan boleh dipijak-pijak.

Di zaman serba moden ini kita tidak lagi mendengar kisah-kisah diskriminasi terhadap wanita seperti yang berlaku pada zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam.  Pada zaman tersebut bayi-bayi perempuan dibunuh dan para ibu dijadikan hamba dek kerana mempercayai wanita merupakan punca nasib malang.

Akan tetapi diskriminasi terhadap wanita tetap wujud pada zaman ini.  Tindakan perdagangan wanita dengan menggunakan wanita sebagai alat pelaris berlaku di dalam masyarakat secara agresif.  Saya melihat fenomena ini semakin membarah apabila tubuh badan wanita seenaknya ditayangkan dengan tujuan untuk menarik perhatian syarikat-syarikat dan para penonton demi mengaut keuntungan.  Tindakan perdagangan wanita ini secara agresif berlaku di dalam industri muzik, perfileman, perlancongan, hiburan, sukan dan lain-lain.

Wanita tidak seharusnya menerima nasib menjadi alat pelaris.  Islam mengangkat martabat wanita dengan menjamin pemeliharaan maruah wanita dengan sebaiknya.  Di atas anjuran Islam yang membela maruah wanita ini saya menyeru kepada seluruh masyarakat bangkit mendesak pihak-pihak berwajib untuk menghentikan segera perdagangan wanita demi kesejahteraan peradaban ummat.

Recent Comments

Blogger Gadgets