ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

My Exchange Banner

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Outright online bookkeeping for just $9.99 / mo!

Sunday, May 1, 2011

Serangan paling teruk terhadap Anwar

Sulaiman Kamal | 3:43 AM | | | Best Blogger Tips

Do You Like This Story?

Umno-BN cuba mengalihkan isu sebenar daripada pandangan rakyat - isu harga minyak naik, kemiskinan orang Melayu, rasuah, tanah diberi kepada kroni dan sebagainya.

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan bertubi-tubi daripada Umno-Barisan Nasional (BN) ke atas karier politiknya merupakan yang paling teruk pernah beliau alami.
Anwar berkata Umno-BN cuba mengalihkan isu sebenar daripada pandangan rakyat – isu harga minyak naik, kemiskinan orang Melayu, rasuah, tanah diberi kepada kroni tapi tidak dijawab.
“Yang dijawab video lucah, yang difokuskan dubur (Mohd) Saiful (Bukhari Azlan) Apa ini?,” soal beliau dengan nada kecewa dicampur sedikit rasa hairan.
Ketua Pembangkang itu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di hadapan lebih 800 hadirin di Dewan Nusa Bakti, Bandar Baru Ampang dekat sini malam tadi.

Beliau berkata, “mereka cuba alih pandangan rakyat. Kenapa nak serang habis-habisan Pakatan (Rakyat)? Sebab mereka tidak boleh jawab isu yang kita bawa.
“Bukan setakat saya sahaja yang diserang, malah Tok Guru Nik Aziz (Nik Mat), Lim Kit Siang juga diserang tapi saya pengerusi khas maka kena lebih teruk lagi.
“Mereka bermati-matian nak hancurkan kita. Islam sangatkah mereka? Kalau mereka benar-benar menghayati ajaran Islam, berhentilah dari merogol……zina…..rasuah,” tegas Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Ujar beliau, “jangan lupa saya adalah bekas pemangku Perdana Menteri dan (pemangku) Presiden Umno. Nak sumpah kena berhenti minum arak dulu. Orang kalau nak sumpah jangan merogol lagi, baru boleh sumpah.
‘Orang pandang perut saya’
Beliau sempat berseloroh apabila dirinya dikaitkan dengan pelaku dalam klip video seks baru-baru ini. “Saya pergi mana-mana orang pandang perut saya. Sampai Azizah tegur jangan makan banyak nanti perut buncit,” katanya sambil disambut ketawa oleh orang ramai yang hadir.
Kumpulan trio ‘Datuk T’ yang mengaku bertanggungjawab mendedahkan klip video kepada media yang mendakwa pelakunya adalah Anwar ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.
Klip video itu turut dimuat turun ke laman sosial Youtube dan blog memaparkan aksi seks didakwa adalah Anwar.
Berbincang soal moral, Anwar membidas Perdana Menteri Najib Tun Razak supaya menilai peribadi sendiri terlebih dahulu.
Katanya, “keluar video kedua…..saya manusia ada perasaan…..ada maruah. Saya ada Azizah, anak-anak dan cucu. Inikah cara nak lawan musuh politik. Ini soal moral.
“Najib……tengok diri saudara dulu…..kes rampas bini orang selesaikah? Kes di Port Dickson selesaikah?,” soal Anwar ketika merujuk mengenai masalah moral dan maruah yang dihadapi oleh Najib.
Menurut beliau, rakyat dari pelbagai negara dan agama turut melahirkan rasa kesal dengan fitnah yang dilemparkan ke atas dirinya. Mereka menyifatkan fitnah ke atas Anwar lebih dasyat jika dibanding dengan apa yang berlaku kepada pemimpin mereka.
“Seorang kiai di Jawa Timur berdoa dan mengerjakan solat hajat. Beliau yang menonton berita di tvone kata pemerintahan ini memang ‘edan’ (gila). Zaman Sukarno, Suharto tidak pernah dimalukan dan diaibkan sebegitu rupa,” tegas beliau.
Beliau berkata, “ada Paderi telefon saya beliau akan buat perhimpunan di Singapura, Taiwan, Jepun, Australia, Korea dan Amerika untuk diadakan bacaan doa untuk saya di gereja.
“Dia tanya boleh tak saya doakan keselamatan saya daripada fitnah dan biar fitnah itu berbalik kepada mereka, serta agar saya peroleh kemenangan.
“Di utara Karala (India) di sana ramai orang Islam. Mereka buat perhimpunan dengan dihadiri setengah juta orang. Mereka buat solat hajat khas agar saya dapat dibebaskan daripada fitnah ini ,” katanya.
Turut hadir dalam ceramah itu termasuk Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden, Tian Chua; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz serta penampilan khas Adun Ba’kelalan, Baru Bian dan bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khatab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus.
Semalam, Eskay melafaz sumpah laknat (mubahalah) di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini mendakwa beliau bersama Anwar berada dalam klip video seks itu.




Recent Comments

Blogger Gadgets