ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

My Exchange Banner

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Outright online bookkeeping for just $9.99 / mo!

Tuesday, May 10, 2011

Siasat Utusan, gesa GERAKAN

Sulaiman Kamal | 4:07 AM | Best Blogger Tips

Do You Like This Story?






GERAKAN hari ini mendesak pihak polis menjalankan siasatan yang bebas dan profesional terhadap laporan Utusan Malaysia berhubung usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Presidennya Datuk Seri Dr Koh Tsu Koon berkata, ia penting bagi menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku.

NONEDr Koh yang berfahaman Buddha berkata, berdasarkan pengetahuannya dan kefahaman pemimpin Kristian, penganut agama itu sebenarnya memahami Perlembagaan Persekutuan.

"Walaupun seorang dua individu tampil dengan kenyataan yang boleh disalaherti, ia tidak boleh dianggap mewakili pendirian rasmi persatuan Kristian," katanya.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan dakwaan pemimpin Kristian berkonspirasi dengan pemimpin DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara.

Dibuat dalam bentuk penafian, akhbar milik Umno itu turut melaporkan agenda menjadikan perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.

Laporan akhbar memetik tulisan di blog Zakhir Mohamed atau lebih dikenali sebagai Big Dog dan blog Marahku.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Koh (kanan) berkata, adalah tidak benar bagi sesebuah akhbar melaporkan sesuatu berita hanya berdasarkan khabar angin.

Katanya, tindakan melaporkan sesuatu secara berlebih-lenih boleh mengakibatkan ketegangan antara agama, mengganggung keharmonian dan menggugat perpaduan rakyat.

Sehubungan itu, Dr Koh menggesa semua rakyat Malaysia memelihara Perlembagaan Persekutuan dan memegang teguh falsafah 1Malaysia yang menekankan sifat inklusif untuk mencapai "kesatuan dalam kepelbagaian".

Beliau turut meminta rakyat Malaysia bekerjasama dengan semangat patriotik untuk meminta Malaysia yang aman dan harmoni.

0 comments:

Post a Comment

Recent Comments

Blogger Gadgets