ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

My Exchange Banner

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Outright online bookkeeping for just $9.99 / mo!

Sunday, May 15, 2011

Suami lapor isteri curang diugut keluarga

Unknown | 4:38 AM | Best Blogger Tips

Do You Like This Story?



KUALA LUMPUR: Perbuatan curang seorang isteri yang didakwa bersekedudukan dengan lelaki lain di sebuah rumah, mengundang padah selepas ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertindak hasil laporan dibuat suaminya di Seksyen 15, Shah Alam, malam kelmarin. 

Tangkapan kira-kira jam 10 malam itu berlaku apabila si suami yang juga pekerja swasta berusia 43 tahun itu dikatakan mengesan isterinya bermain kayu tiga.

Kecewa dengan perbuatan isterinya itu, lelaki itu nekad menghubungi JAIS memaklumkan perkara itu sebelum isterinya ditahan bersama pasangannya 30 minit kemudian.

Wanita bersama pasangannya berusia 30-an itu kemudian dibawa ke pejabat JAIS untuk soal siasat sebelum pendakwaan dilakukan. 

Bagaimanapun, kekecohan dikatakan tercetus di lokasi kejadian sebaik ahli keluarga wanita itu tiba dan abangnya naik berang sambil menuduh suami itu memalukan keluarganya. 

Sumber polis berkata, beberapa minit kemudian, abang wanita itu dikatakan mengugut sambil menuding jari meminta si suami menunggu balasan hasil perbuatannya itu. 

“Dia turut mempertikai cara adik iparnya yang sanggup mengenakan isterinya itu dengan membuat laporan kepada JAIS sebelum memaklumkan perkara itu kepada keluarganya. 
“Mangsa yang bimbang selepas menerima ugutan itu terus membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 15 kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin berikutan bimbang sesuatu perkara buruk berlaku terhadapnya,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Sementara itu, ketika dihubungi Berita Harian, si suami enggan mengulas lanjut krisis menimpa rumah tangganya sebaliknya menyifatkan ia perbuatan amat menyedihkannya. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berhubung ugutan yang diterima mangsa dan siasatan lanjut kini dilakukan. 

0 comments:

Post a Comment

Recent Comments

Blogger Gadgets