KEMAMAN - Tindakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman membina pentas bagi persiapan ceramah 'pelacur politik' Umi Hafilda di Kampung Dusun Nyior dekat sini, amat dikesali..
Ceramah bertajuk 'Bongkar' itu adalah anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, sebuah agensi kerajaan, bersama Penyelaras Umno DUN Chukai dan Penerangan Umno Bahagian Kemaman.
(Gambar kanan - pekerja JKR sedang memasang pentas dan memotong rumput untuk ceramah Umi Hafilda)
Penolong Setiausaha PAS negeri Terengganu, Haji Hanafiah Mat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Besar yang juga Ketua Bahagian Umno Kemaman, Dato' Seri Ahmad Said kerana memperkudakan jabatan kerajaan dalam kerja-kerja politik Umno.
"Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Ahmad Said, Menteri Besar, Ketua Umno Bahagian Kemaman dan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Terengganu, yang tidak tahu langsung etika pengruusan dan hukum halal haram,
"Jabatan kerajaan dibiayai oleh hasil cukai rakyat, bukan duit Umno........saya tak tahu Ahmad Said mengaji dimana, boleh campur adukkan belaka,"soalnya.
Beliau yang menghubungi Buletinonline merasa hairan, bagaimana Umno Terengganu yang didakwa sebagai parti yang kuat dan hebat, memanggil Umni Hafilda yang dianggap sebagai 'pelacur politik' menyebarkan fitnah ke dalam masyarakat.
Katanya, Ahmad Said yang 'kononnya' berbangga dengan kecemerlangan pencapaian pendidikan dikalangan pelajar Terengganu kini sedang memanggil seseorang yang akan meracun pemikiran rakyat dengan kata-kata lucah dan kotor.
Berita lanjut menyusul.....