Tidak serik-serik. Inilah sikap buruk sesetengah anggota masyarakat negara ini yang suka sangat berhutang.
Tewas kepada rasukan nafsu untuk berjudi dan berjoli, mereka ini juga sanggup berhutang dengan ah long atau ceti haram meksipun bayaran balik yang melambung-lambung tinggi jumlahnya.
Ini antara keluhan Datuk Micheal Chong, Ketua Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA sendiri telah menghabiskan 25 tahun daripada usianya untuk menangani isu ah long.
Nada suaranya berselang-seli antara emosi geram dan marah. Mana tidaknya bukan sekali dua berhutang dengan ah long, ada yang sehingga lima hingga enam kali datang berjumpanya untuk mendapatkan bantuan apabila dihambat ah long.
Setelah bertahun-tahun berdepan dengan isu ah long, Chong memberitahu penulis yang beliau masih meneruskan usahanya bukan kerana kasihankan 'peminjam' yang sebahagian besarnya disifatkannya sebagai 'penipu'.
"Belas kasihan saya adalah untuk isteri, anak dan ibu bapa. Ini yang membuatkan saya masih mengendalikan kes-kes ah long ini. Saya tak boleh tengok orang kena buli.
"Saya juga ingatkan ah long jangan sekali-kali menganiayai orang-orang ini. Jika mereka lakukan juga, bukan saya sahaja yang akan cari mereka, MCA juga akan cari mereka," kata Chong kepada Bernama dalam satu wawancara di pejabatnya di Wisma MCA, Jalan Ampang di Kuala Lumpur baru-baru ini.