Dikeheningan ini
dalam kepekatan gelita
aku termanggu...
dilayang perasaan kedukaan
meninggalkan seribu keresahan
umpama misteri dalam mimpi
mungkinkah begini selamanya
Sejauh mana lagi perluku susuri
menjejak kepastian emosi rindu
antara dua persimpangan yang nyata
terbentang dalam onak onak
pencarian...
suatu kedamaian abadi
pastikah masih ujud...
Biarkanlah aku sendiri
hidup dalam sepi
bukan aku mengemis
simpati sesiapa
Jika esuk tiada lagi
untuk ku...
siramilah nostalgia kita
dengan air kenangan
salju cinta abadi
mercu tanda kau
yang pertama dan terakhir
ku cintai
Disember 21,2012 12.30am
0 comments:
Post a Comment