Keegoan lelaki..... satu anugerah yang tak ternilai mengatasi segala galanya tidak bisa ditunduki betapa mahanya keegoan lelaki tetapi..... Keegoan lelaki..... berkitar dengan perasaan jua kalau ikut rasa binasa kalau ikut hati mati kalau ikut perasaan..... musnah keegoan yang diagung agungkan sekelip mata Keegoan lelaki..... gahnya pada yang tidak berperasaan gahnya pada yang tidak berhati tiada nilai kasih sayang tiada nilai keharmonian tiada nilai pertimbangan haruskah kaum adam mendambakannya?..... Keegoan lelaki..... usah kau mendabik dada apabila perasaan mengatasi keegoan mu sujut menyembah tika waktunya kucar kacir kehidupan saperti apa yang ku alami kini ditelanjangi oleh keadaan malu pada diri sendiri kerana mendambakan keegoan lelaki 11 Ogos 2012 05:25pm