ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

My Exchange Banner

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Outright online bookkeeping for just $9.99 / mo!
Showing posts with label Pinjaman. Show all posts
Showing posts with label Pinjaman. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

PKR tuntut penjelasan Felda dakwaan pinjaman RM6bilion

Unknown | 10:54 PM | | | | | | | Best Blogger Tips


Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi berkata setakat ini tiada sebarang kenyataan lanjut daripada pihak Felda berhubung dakwaan itu sehingga menimbulkan tanda tanya.

PETALING JAYA: PKR menuntut Felda memberi penjelasan berhubung dakwaan pinjaman RM6 bilion dari  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Kee Kwong berkata setakat ini tiada sebarang kenyataan lanjut daripada pihak Felda berhubung dakwaan itu sehingga menimbulkan tanda tanya dikalangan umum.
“Felda terpaksa pinjam RM6 bilion kepada KWSP? Adakah ia benar?  Setakat ini tiada sebarang kenyataan…senyap sahaja. Maka kita jangkakan ianya adalah benar. Pengerusi dan ahli lembaga yang mewakili 10 juta wang rakyat adakah benar dipaksa untuk membuat pinjaman RM6 bilion ini? Jika tidak benar sila berikan penjelasan.
“Jika perkara ini benar maka ia akan memberi implikasi teruk kerana banyak untung Felda merupakan hasil pengeluaran kelapa sawit. Kita semua tahu harga kelapa sawit beberapa tahun lepas tinggi,” katanya yang kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR.
Menjelaskan keuntungan yang diperoleh, Tee berkata Felda berjaya memperolehi sekurang-kurang RM2 bilion setiap tahun.
Keuntungan Felda bagi 10 tahun ini sepatutnya lebih daripada RM24 bilion.
“Mana duit keuntungan Felda itu? Kenapa Felda perlu pinjam kepada KWSP? Bagaimana mereka menjalankan perniagaan sebagai contoh jika satu syarikat Felda yang kata ada banyak aset, mana duit itu untuk jana aset tersebut? soal beliau.
Sebelum ini FMT melaporkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut mendakwa Felda telah meminjam RM6 bilion daripada KWSP bagi menampung masalah kewangan yang dialami organisasi itu.
‘Kami bayar sewa’
Sementara itu menyentuh mengenai pembayaran sewa bangunan yang menempatkan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Pengarah Strategi Rafizi Ramli berkata perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat biro politik dan majlis pimpinan pusat.

Menurut Rafizi parti sentiasa memenuhi tanggungjawab untuk membayar sewa seperti yang termaktub dalam perjanjian.
“Kami (Rafizi dan Tee) tidak menyedari mengenai isu bayaran sewa ini. Perkara itu perlu dirujuk dengan Bendahari parti William Leong. Namun setakat ini tiada sebarang perbincangan mengenai sewa ini dalam mesyuarat biro atau MPP,” katanya.
Pada minggu lalu, media melaporkan bangunan PKR yang diduduki sejak 2008 itu akan dilelong oleh Affin Bank pada 9 Jun selepas pemiliknya gagal membayar balik pinjaman.
Pemimpin PKR mengakui parti itu membayar sewa RM20,000 seperti termaktub dalam perjanjian yang ditandatangani pada 2008.


Saturday, May 28, 2011

Pinjaman 100% untuk rumah pertama bohong!

Unknown | 11:55 PM | | | | | Best Blogger Tips



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita46/hanafiah.jpg















KEMAMAN - Pinjaman seratus peratus kepada orang muda bagi membeli rumah pertama sebagaimana yang diheboh-hebohkan sebenarnya adalah cakap kosong dan bohong.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat, tidak ada satu bank pun yang mengamalkan 'polisi kosong' kerajaan itu.

"Ia adalah cakap kosong, janji menjelang pilihanraya sahaja, saya sudah berjumpa dengan pihak bank dan bertanya adakah kemudahan pinjaman 100% untuk rumah pertama itu,

"semuanya memberikan jawapan negatif,"tegasnya.

Menurutnya, apa yang diamalkan oleh pihak bank sekian lama adalah, setiap orang yang mahu meminjam bagi tujuan membeli rumah mestilah mempunyai simpanan sebanyak RM4500 terlebih dahulu.

Oleh itu katanya, mana mungkin orang muda yang baru habis belajar dapat menyimpan wang sebanyak itu dalam bank.

"Kalau seseorang yang baru habis belajar, baru keluar Universiti, tidak akan mampu menyimpan wang sebanyak itu kerana mereka juga dibebani hutang pembiayaan pengajian yang perlu dibayar,"jelasnya.

Sehubungan itu, Hanafiah berkata tindakan kerajaan tidak menaikkan minyak petrol RON95 adalah helah Umno-BN bagi menghadapi pilihanraya umum yang sudah terlalu hampir.

"Saya baru mendapat maklumat terkini dari Putrajaya, PM Najib baru sahaja selesai mesyuarat bersama semua jentera Kerajaan termasuk SPR dan Jemaah Menteri,

"Keputusan telah diambil, Parlimen akan dibubarkan bagi tujuan memberi laluan untuk diadakan Pilihanraya Umum ke 13 pada bulan Julai, selepas pilihanraya, sekiranya BN menang, RON95 akan dinaikan,"katanya.

Justeru, beliau menyeru kepada semua orang muda menolak Umno dan BN pada pilihanraya akan datang kerana pembohongan mereka yang begitu jelas.

Recent Comments

Blogger Gadgets