ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

My Exchange Banner

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Outright online bookkeeping for just $9.99 / mo!
Showing posts with label Tiada. Show all posts
Showing posts with label Tiada. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Belasungkawa: Tiada 'Pak Uda', Tiada 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu'

Unknown | 3:09 AM | | | | Best Blogger Tips



Tiga tunggak utama sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu (dari kiri) Imuda, Zami Ismail dan Khatijah Tan.

PETALING JAYA: Pemergian pelakon komedi veteran Zami Ismail, 67, pada pagi Ahad, ternyata meninggalkan impak dan begitu dirasai oleh sekalian penggiat seni tanah air dan peminat komedi.
Allahyarham yang cukup terkenal dengan watak Pak Uda menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu (PMPMTT) pada era 1980-an hingga lewat 1990-an itu meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad di Insitut Jantung Negara (IJN).
Berkongsi berita duka itu, teman rapat Allahyarham yang juga pelakon sitkom tersebut iaitu Imuda, 51, berkata permergian Zami meninggalkan impak besar buat dunia komedi tanah air.
Imuda yang mula mengenalinya sejak tahun 1980 ketika sama-sama memulakan produksi sitkom berkenaan menyifatkan Allahyarham sebagai abang sulung yang penuh gurau-senda dan kata-kata nasihat.
Imuda

"Saya sangat terkilan kerana tidak sempat untuk menziarahi jenazah Allahyarham buat kali terakhir di IJN pagi tadi (Ahad). Bagaimanapun, saya sempat melawatnya ketika dia sakit di hospital minggu lalu.
"Sebagai antara teman rapat yang sudah mengenalinya sekian lama, saya sangat sedih dengan berita kematiannya,” katanya kepada mStar Online, di sini, Ahad.
Susulan kematian pelakon veteran itu, Imuda mengakui, dia masih kebuntuan memikirkan tentang pementasan The Return of PMPMTT yang akan berlangsung di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 26 Jun ini.
"Berita kematian Allahyarham adalah satu kejutan yang sangat menyedihkan. Namun, pada masa yang sama saya juga tidak tahu apakah keputusan yang akan dilakukan tentang pementasan PMPMTT pada 26 Jun ini.
"Walaupun Allahyarham berada dalam keadaan uzur sebelum ini, dia adalah nadi pementasan tersebut. Kini dia sudah tiada, saya tidak pasti sama ada untuk meminda skrip atau batalkan terus pementasan itu.
"Tiada Pak Uda, tiadalah PMPMTT. Mungkin pada malam esok (malam ini) saya akan berbincang dengan pihak Karyawan dan lain-lain tentang perkara ini," terangnya.
Anak ketiga Allahyarham yang merupakan seorang pengarah dan pelakon Mohd Soupi Zami (Opie Zami) berkata, komitmen bapanya terhadap kerja seninya adalah sangat mengagumkan walaupun ketika dalam keadaan uzur.
Anak ketiga Allahyarham, Opie Zami

"Dia seorang yang komited dan bertanggungjawab dalam kerjanya. Dalam keadaan uzur, dia tetap pergi ke lokasi penggambaran kerana menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan.
"Walaupun sakit, dia tetap gagahkan dirinya demi tanggungjawab tersebut," katanya yang ditemui perkarangan rumah mayat IJN, Ahad.
Pengarah sitkom berkenaan iaitu Othman Hafsham, 71, berkata sepanjang mengenali Allahyarham selama hampir 30 tahun, dia begitu menyenangi karakter dan profesionalisme yang diamalkan oleh pelakon itu.
Pengarah, Othman Hafsham

"Allahyarham adalah tunggak PMPMTT. Dia seorang yang tenang, komited dan kaya dengan idea dalam persembahannya.
"Sepanjang mengenalinya, dia tidak kering dengan jenaka. Bagi saya, jika tiada watak Pak Uda, maka tiada PMPMTT," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berkata, kehilangan Allahyarham akan terus meninggalkan kenangan lucu dan aksi mencuit hatinya di kalangan peminat komedi dan sitkom itu.
"Kematiannya adalah satu kejutan yang sangat mendukacitakan. Sebagai rakan artis dan penganjur pementasan The Return of PMPMTT yang akan diadakan pada 26 Jun ini, saya berasa sangat sedih dengan pemergiannya.
"Kegigihan dan kesungguhannya untuk turut serta dalam pementasan itu sangat mengagumkan walaupun dia uzur. Kami masih belum tahu apakah bentuk pindaan yang perlu dilakukan tentang pementasan itu.
"Yang pasti, ia akan menjadi satu majlis penghormatan buat Allahyarham. Sebahagian daripada jualan tiket petunjukan itu nanti akan kita sumbangkan kepada keluarganya," katanya.
Sejak menceburi bidang lakonan pada 1980an, Zami sudah membintangi 20 buah filem seperti Mat Som, Pening-Pening Lalat, Wanita Bertudung Hitam, Jin Hutan, Zombie Kampung Pisang, Shhh...Dia Datang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Janin dan yang terakhir Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit pada Mac lalu.
Allahyarham pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-9 menerusi filem Mat Som, selain tercalon untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM11 menerusi Wanita Bertudung Hitam.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak selepas solat Asar, petang Ahad.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim, 58, dan sembilan orang anak iaitu Mohd Hitler, 39, Ahmad Yamashita, 38, Mohd Soupi Zami, 37, Ismail Fahmi, 36, Khairul Affendi, 30, Aida Nurul Asyikin, 29, Aida Nurul Wahyu, 27, Mohd Firdaus, 24 dan Zahid Albukhman, 21.
Pada 2008, beliau pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Selayang selepas tidak sedar kerana sesak nafas.







Sunday, May 29, 2011

Tiada parti politik berhak pertahan Putrajaya

Unknown | 10:18 PM | | | | | Best Blogger Tips


Umno hanya sebagai tetamu di Putrajaya, dijemput oleh rakyat untuk mentadbir negara ini untuk suatu tempoh tertentu.

Adalah sesuatu yang membimbangkan apabila Perdana Menteri Najib Tun Razak berulang kali menyeru supaya mempertahankan Putrajaya. Terbaru, ketika beliau berucap pada perhimpunan Hari Belia Sedunia di Putrajaya semalam.
Kepada para belia, Najib bertanya, “adakah anda akan mempertahankan Putrajaya bersama saya,” dan setelah mendapat jawapan yang positif, beliau bertempik, “Pertahan Putrajaya! Pertahan Putrajaya! Pertahan Putrajaya!”
Seruan beliau yang menyakitkan hati dan bernada sama ialah ketika Perhimpunan Agung Umno ke 61 apabila beliau menempik,
“walaupun badan kita hancur lebur dan nyawa melayang, saudara saudari, walau apa pun yang terjadi, kita mesti pertahankan Putrajaya.”
Bagi mereka yang kurang mengerti menjangkakan bahawa negara Malaysia ini sedang diserang oleh orang luar, jika tidak…….masakan Najib bermati-matian mahu mempertahankan pusat pentadbiran Putrajaya?
Tetapi kita rakyat Malaysia tahu bahawa kenyataan Najib ini bukan bermakna terdapatnya kemasukan orang asing tetapi melambangkan mentaliti yang sakit tentang pergantungan kepada kuasa kerana sekian lama memerintah negara ini secara berterusan sejak lebih seabad yang lampau.
Putrajaya milik parti atau milik rakyat?
Umno telah bergayut kepada hegemoni politiknya sejak sekian lama sehinggakan mereka tidak dapat membezakan apa yang menjadi milik parti dan apa yang menjadi milik rakyat.
Putrajaya bukannya milik harta peribadi mana-mana parti politik tetapi aset awam yang menjadi milik semua rakyat Malaysia. Oleh itu, tidak ada sesiapa yang berhak untuk bercakap soal mempertahankan Putrajaya, melainkan negara ini menghadapi penaklukan kuasa asing.
Malahan Umno hanya sebagai tetamu di Putrajaya, dijemput oleh rakyat untuk mentadbir negara ini untuk suatu tempoh tertentu.
Selepas habis tempoh, tuan tanah, iaitu rakyat, akan menjemput pembida-pembida, iaitu parti-parti politik, untuk menyertai tender bagi menduduki Putrajaya semula.
Pembida yang berjaya kemudian akan dijemput untuk menandatangani perjanjian sewa di Putrajaya dan mentadbir kerajaan persekutuan sehingga tamat tempoh akan datang.
Oleh yang demikian, tidak ada apa-apa yang hendak dipertahankan oleh Umno, melainkan tempoh kuasa mereka yang singkat sehinggalah tempoh perkhidmatan mereka di Putrajaya ditamatkan.
Najib tidak berpijak pada bumi yang nyata apabila bercakap tentang mempertahankan Putrajaya, apatah lagi untuk mempertahankannya dengan nyawa dan darah.
Apakah nanti rakyat Amerika Syarikat fikirkan, jika Presiden Barrack Obama menyeru supaya mempertahankan Washington DC apabila menghadapi penentangnya pada pilihan raya presiden akan datang?
Sudah tentu mereka akan fikirkan bahawa Presiden mereka telah gila! Dan jika terus bercakap mahu menumpahkan darah dan berkorban nyawa, ramai rakyatnya akan pengsan.
Konsep ketuanan ke atas pusat pentadbiran sebagai hak peribadi yang eksklusif oleh mana-mana parti politik tersangat asing kepada prinsip demokrasi dan tidak ada sesiapa yang seharusnya bermimpi untuk menuturkan kata-kata seperti itu untuk tujuan meraih kuasa politik.
Tetapi di Malaysia, Najib kelihatan bangga dan bongkak kerana dengan menuntut Putrajaya beliau disorak dan diipuji kerana bertindak sedemikian.
Tindakan ini memperlihatakan Najib dan Umno telah jauh menyimpang dari landasan asal demokrasi berbanding ketika mana pemimpin-pemimpin terdahulu membentuk negara ini.

Hegemoni politik Umno
Bukan sahaja Umno begitu kemaruk untuk bergayut kepada kuasa politik mereka sebagai hak milik eksklusif dan pertarungan hidup mati tetapi minda rakyat telah dibentuk oleh hegemoni politik yang telah sekian lama memerintah.
Ramai yang tidak dapat melihat penampilan Najib yang berselindung di sebalik prinsip-prinsip asas perlembagaan sedangkan rakyat adalah tuan dan bukan parti yang memerintah.
Lebih buruk lagi dari tuntutan beliau ke atas Putrajaya, adakah ancaman Najib untuk melakukan sesuatu yang melangkaui batas-batas perlembagaan seperti rusuhan dan pertumpahan darah untuk mengekalkan kuasa apabila menghadapi kekalahan atau berpotensi untuk tewas dalam pilihan raya umum nanti.
Jika ia benar-benar berlaku, ia merupakan suatu pengkhianatan kepada rakyat dan negara ini. Perlembagaan negara merupakan kontrak sosial di antara semua kaum di mana mereka bersama-sama berjuang untuk mencapai kemerdekaan.
Rakyat Malaysia harus merenung sejenak sama ada mereka boleh menaruh kepercayaan kepada kuasa politik yang tidak teragak-agak untuk merobek-robek Perlembagaan dan menentang pilihan rakyat, apabila mendapati keputusan pilihan raya tidak memihak kepada mereka.
Sementara itu, kita juga harus menentang sekeras-kerasnya eksploitasi Barisan Nasional terhadap majlis perhimpunan belia ini di
Putrajaya ini bagi melancarkan propaganda politik mereka.
Acara ini, yang dianjurkan dengan menggunakan wang rakyat, seharusnya menjadi perayaan belia, dan sepatutnya menjadi perayaan bukan politik.
Tetapi BN telah menukarnya menjadi platform politiknya di mana mereka menyerang musuh-musuh politik mereka. Ini merupakan salah satu dari salah guna kuasa yang berleluasa dan penggunaan dana awal bagi mencapai kepentingan politik mereka.
Makanya, ia menjadi satu lagi pertimbangan untuk rakyat untuk sekali lagi merenung sejenak apabila membuat pilihan mereka nanti.



Recent Comments

Blogger Gadgets