ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

My Exchange Banner

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Outright online bookkeeping for just $9.99 / mo!

Sunday, May 22, 2011

DAP rancang letak calon Melayu untuk jadi MB: Zahid

Unknown | 9:11 PM | Best Blogger Tips

Do You Like This Story?



Satu lagi fitnah dari juak juak haram jadah untuk memenuhi agenda yang telah mereka rancangkan. Entah plan O ke P, dah tak terkira lagi. Sekor demi sekor ada peranan mereka masing masing.

Tak masuk akal langsung. Macam orang dungu dan tolol. Aku dah naik muak dengan kerenah dia orang. Sial betul, menyusahkan orang je.



ALOR GAJAH: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mendedahkan rancangan DAP untuk meletakkan calon Melayu bertanding mewakili parti tersebut di beberapa negeri pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. 

Beliau berkata, DAP kini sedang mengenal pasti orang Melayu yang sesuai untuk dijadikan calon bagi bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.
"Mereka telah mencari jalan supaya calon (Melayu) itu dapat diterima oleh pengundi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah dekat sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan, berkata DAP merancang meletakkan calon orang Melayu di Perak untuk menguasai negeri itu dengan menteri besarnya terdiri daripada calon DAP. 

"Ini kerana perlembagaan negeri Perak tidak mengizinkan orang bukan Melayu menjadi Menteri Besar, oleh itu DAP merancang meletakkan calon Melayu bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri supaya akhirnya Menteri Besar itu dari DAP," katanya. 

Beliau berkata, di negeri lain, parti pembangkang itu merancang meletakkan calon Melayu di kawasan yang majoriti pengundi Melayu dan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon bukan Melayu. 

Katanya, strategi terancang itu tidak mustahil untuk dilakukan kerana DAP telah memulakan blog dalam bahasa Melayu berbanding selama ini hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. 
"Kita menghidu rancangan DAP ini tanpa disedari oleh PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat). Sebab itu saya ingin mengingatkan PAS dan PKR jangan jadi kuda tunggangan kepada DAP," katanya. 

Ahmad Zahid mengingatkan UMNO dan parti komponen BN yang lain supaya berhati-hati dengan taktik secara berstruktur dan sistematik yang dilakukan oleh DAP itu. 

"Kita jangan berada dalam zon yang selesa dengan tindakan yang dilakukan DAP, saya ingatkan orang Melayu jangan jadi tali barut kepada DAP, sama ada mereka menjadi calon secara langsung atau rakan yang bersekongkol di bawah pakatan pembangkang," katanya.


Recent Comments

Blogger Gadgets