ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

My Exchange Banner

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Outright online bookkeeping for just $9.99 / mo!

Tuesday, May 17, 2011

Hadi menang tanpa bertanding jawatan Presiden Pas

Unknown | 4:21 PM | Best Blogger Tips

Do You Like This Story?



Turut mengekalkan jawatan Ketua Dewan Ulama dan timbalannya

KUALA LUMPUR: Presiden PAS  Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya
mengekalkan jawatannya apabila diisytiharkan menang tanpa bertanding
dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS  Pusat 2011-2013.
Hadi berjaya mengekalkan jawatannya selama lima penggal berturut-turut sejak memangku jawatan tersebut selepas kematian mantan Presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor pada tahun 2003 dan secara rasminya dipilih semasa muktamar 2005.
Turut mengekalkan jawatan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib dan Timbalannya Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Perkara itu diumumkan dalam sidang media bersama  Setiausaha Agung PAS  Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Pilihanraya PAS  yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di pejabat agung  PAS  di sini hari ini.
Bagi jawatan Timbalan Presiden PAS,  enam layak bertanding iaitu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Exco Kelantan Datuk Husam Musa, dua naib presiden iaitu Salahuddin Ayub dan  Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, serta penyandangnya Nasharuddin Mat Isa.
Manakala 14 calon layak bertanding merebut jawatan Naib Presiden Pas Pusat:
1) Datuk Seri Azizan Abdul Razak
2) Datuk Husam Musa
3) Idrs Ahmad
4)Datuk Mahfuz Omar
5)Mazlan Aliman
6)Mohamad Sabu
7)Datuk Mohd Amar Abdullah
8)Mohd Hatta Ramli
9)Mujahid Yusof Rawa
10)Nasharuddin Mat Isa
11)Nk Zawawi Nik Salleh
12)Datuk Seri Nizar Jamaluddin
13)Salahuddin Ayub
14)Datuk Tuan brahim Tuan Man
Bagi Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, seramai 82 calon layak bertanding selepas 180 Pas kawasan selesai bermesyuarat dan mengadakan pemilihan sejak April lalu.
Namun Mustafa berkata daripada jumlah tersebut, hanya 152 kawasan menghantar borang pencalonan tetapi enam daripadanya ditolak kerana gagal mengemukakan borang lengkap.
“Jadi senarai pencalonan ini diterima hanya daripada 146 kawasan sahaja yang disahkan menghantar borang pencalonan yang lengkap,” katanya.
Bagi merebut jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat, empat calon layak bertanding selain penyandangnya Nasaruddin Hassan Tantawi
adalah Azman Shafawi, Ahli Parlimen Jerai Firdaus Jaafar, serta Suhaizan Kaiat.
Sementara sembilan orang layak jawatan Timbalan Ketua Pemuda iaitu Ahmad Sabki, Azman Shapawi, Firdaus Jaafar, Mohd Nor Hamzah, Nasaruddin Hassan, Nik Abduh Nik Aziz, Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob, Riduan Mohd Noor dan Suhaizan Kaiat.
Manakala calon bagi Naib Ketua Pemuda adalah seramai 12 orang:
1) Azman Shapawi
2)Firdaus Jaafar
3)Kamaruzaman Mohamad
4)Khairi Faizi Kamil
5)Mohd Nor Hamzah
6)Mohd Sany Hamzan
7)Nasir Zakaria
8)Nik Abdul Nik Aziz
9)Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
10)Riduan Mohd Noor
11)Sabki Yusof
12)Suhaizan Kaiat
Bagi Dewan Muslimat PAS Pusat, seramai empat calon diisytiharkan layak bertanding merebut jawatan Ketua iaitu Dr Asiah Ali, penyandangnya Nuridah Salleh, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud, serta Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof.
Manakala Timbalan Ketua Muslimat Pas Pusat yang layak bertanding adalah Dr Asiah Ali, Senator Mumtaz Mohd Nawi, Nuridah, Siti Mariah, Siti Zailah, dan Wan Hasrina Wan Hassan.
Sementara 11 calon Naib Ketua Muslimat yang disenaraikan layak bertanding adalah Aiman Athirah Al-Jundi, Dr Asiah, Mastura Mohamad, Mumtaz, Dr Najhatussolehah Ahmad, bekas calon DUN Tenang Normala Sudirman, Nuridah, Adun Tanjung Mas Rohani Ibrahim, Siti Mariah, Siti Zailah, dan Wan Hasrina.
Bagi pemilihan Dewan Ulama PAS Pusat, Abdul Halim menjelaskan keadaannya berbeza seperti pemilihan yang lain apabila hanya satu pencalonan sahaja sudah layak bertanding kerana ia hanya dicalonkan oleh setiap negeri dan bukannya kawasan.
Berikutan kemenangan Harun dan Mahfodz mengekalkan jawatan dalam Dewan Ulama’, perebutan jawatan kini tertumpu kepada Timbalan Ketua yang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob dengan Mohd Zain Abdul Rahman, selain 26 AJK yang tercalon.
“Semua calon akan diberitahu kelayakan mereka melalui surat, sistem khidmat pesanan ringkas (sms), dan faksimili.
“Kalau tak jawab dalam tempoh yang ditetapkan maka calon itu dianggap tidak berminat untuk bertanding,” katanya yang meletakkan tarikh 26 Mei (Khamis depan) sebagai tarikh tutup memberikan jawapan.
Tambahnya, seramai 1,100 perwakilan yang layak dipilih daripada 180 PAS kawasan untuk mengundi semasa Muktamar Agung awal Jun depan.

Recent Comments

Blogger Gadgets