ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

My Exchange Banner

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Outright online bookkeeping for just $9.99 / mo!

Tuesday, May 17, 2011

Perkasa untuk ahli Perkasa…

Unknown | 5:03 PM | Best Blogger Tips

Do You Like This Story?



Tapi jihad untuk semua orang Islam

PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mengesahkan kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammudin Hussein bahawa pertubuhan itu  tidak mewakili semua orang Melayu.
“Perkasa mewakili ahli Perkasa saja. Melayu sudah terbahagi kepada beberapa kumpulan. Melayu PAS dan Melayu PKR jadi perkakas DAP,manakala Melayu Umno dan Melayu liberal.
“Apa yang saya kata adalah peringatan. Kalau ada pihak yang terus mencabar kedudukan Islam,menghina Islam,memperlekeh bahasa kebangsaan, menidak hak keistimewaan orang Melayu dan mempersenda institusi Raja,maka saya,walaupun seorang, sebagai orang Melayu Islam, saya akan berjihad
Beliau berkata sedemikian sebagai mengulas kenyataan Hishammuddin selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Sungai Besar kelmarin.
Hishammuddin mengatakan bahawa Ibrahim dan Perkasa tidak mewakili semua orang Melayu.
“Kalau kita mahu kepada keamanan,maka jangan cabar posisi, kedaulatan dan martabat Islam dan umat Melayu Islam yg merupakan majoriti dan ketuanan asal rakyat negara Persekutuan Tanah Melayu dan kini Malaysia,” tambah Ibrahim.
Beliau turut mempersoalkan mengapa tiada kecaman terhadap pelbagai tuntutan yang bertentangan dengan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan yang dibuat dalam pelancaran pusat kebudayaan dan pelajaran Lim Liam Geok pada minggu lalu.
“Kenapa ada pihak berdiam diri dan tidak mengecam,mengutuk atau buat laporan polis apabila diadakan pertemuan melancar penubuhan pusat budaya dan pelajaran Lim (yang telah dilucut kerakyatan 40 tahun lalu) yang dihadiri lebih 600 orang dari 80 NGO minggu lalu dengan menuntut berbagai tuntutan yang bertentangan dengan undang-undang fasal 152 (2).
“Bila saya bercakap sikit mempertahankan Islam dan maruah Melayu sudah riuh rendah. Saya bertanggungjawab penuh atas apa yang saya cakap,sbagai peringatan, kalau kita semua mahu pastikan keamanan kekal,” jelas beliau.
Ketika ditanya ulasan berkaitan perbandingan Hishammuddin antara beliau dengan ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden beliau berkata perjuangan Osama tidak melalui pilihan raya.
“Tapi saya kagumi semangat perjuangannya menentang kezaliman Israel dan Amerika serta sekutunya.”
Bila ditanya sama ada Perkasa akan merekrut ahli untuk berjihad, ahli parlimen bebas Pasir Mas ini berkata soal merekrut tidak timbul.
“Jihad adalah kewajipan setiap orang Islam apabila Islam dicabar atau dihina dan tidak payah jadi ahli Perkasa untuk berjihad.”

Recent Comments

Blogger Gadgets