ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

My Exchange Banner

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Outright online bookkeeping for just $9.99 / mo!

Wednesday, May 18, 2011

Pemimpin yang celaka adalah yang menyebabkan rakyat celaka!

Unknown | 8:09 PM | Best Blogger Tips

Do You Like This Story?



http://buletinonline.net/images/stories/berita47/wanhassan.jpgMARANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly kesal kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu menolak soalan-soalan yang dikemukakannya kepada Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak dmokratik dan menghalang suara rakyat yang diwakilinya.

"Saya kesal, soalan-soalan yang saya kemukakan ditolak pada sidang DUN, lapan soalan lisan dan tiga solan bertulis semua kena tolak tanpa alasan yang munasabah,

"ini membuktikan kerajaan Umno-BN Terengganu tidak demokratik dan menghalang saya menyampaikan suara rakyat yang memilih saya sebagai wakil mereka,"ujarnya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah isu semasa di Suaru ustaz Abdullah, Jalan kuala Berang dekat Taman Safiah Murni, disini, Isnin 16 Mei.

Beliau juga tidak puas hati dengan pengendalian sidang DUN yang seolah-olah 'dirancang' supaya menyempitkan ruang bicara bagi wakil-wakil rakyat daripada PAS.

Menurutnya, beberapa kali ketika sidang DUN berlanmgsung, beliau memicit butang meminta laluan daripada Yang DiPertua DUN, tetapi tidak diberi ruang.

"saya tak boleh berucap, macaman dia (YDP DUN) susun tak tahu lah, saya picit butang, menyala (lampu) merah berkali-kali, tapi tak boleh (bercakap),"jelasnya.

Sebelum itu dalam ucapannya, beliau membidas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuat pendakwaan terpilih dalam kes rasuah dan penyelewengan.

Menurutnya, SPRM hanya menyiasat, menangkap dan mendakwa 'bilis-bilis' tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas 'jerung-jerung'.

"SPRM hanya tangkap bilis-bilis, angkap bilis-bilis tapi jerung-jerung tak tangkap, dia (SPRM) kata siasat nelaka......pelawok sungguh....kes ADUN Terengganu, Kemasik tahun 2009, bulan Ogos tarikh 12 Ogos 2009,  sampai ke hari ini tak bicara lagi, pasal apa..... Jerung..,"tegasnya.

Sebaliknya, menurut beliau, pihak SPRM telah menyiasat dan menangkap seramai 62 orang pegawai kastam yang didakwa hidup dalam keadaan 'mewah melampau'.

Namun begitu, katanya, ada wakil rakyat yang melaporkan kehilangan wang tunai sebanyak RM70,000 dan seorang Exco di Kuantan yang mengaku kehilangan wang sebanyak RM200,000 tidak dijalankan apa-apa siasatan oleh SPRM.

Justeru beliau memberi peringatan dengan memetik tulisan surat Syaidina Omar kepada Abu Musa al-As'ahari yang berbunyi;

"Pemimpin yang paling bahagia ialah mereka yang menyebabkan rakyatnya bahagia, dan pemimpin yang paling celaka ialah yang menyebabkan rakyatnya celaka,

"jaga-jaga engkau Abu Musa, jangan bermewah-mewahan, nanti pegawai mu juga akan bermewah-mewah," Buletinonline

[Dengar dan lihat ucapan Ustaz Wan Hassan di Buletinonline Channel]




Recent Comments

Blogger Gadgets