ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

My Exchange Banner

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Outright online bookkeeping for just $9.99 / mo!

Friday, May 13, 2011

Polis buru ‘lelaki asid’

Unknown | 3:43 AM | Best Blogger Tips

Do You Like This Story?



SHAH ALAM – Polis sedang bekerjasama dengan persatuan teksi untuk mengesan dua lelaki terlibat dalam 22 kes menyimbah cecair dipercayai asid. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, persatuan teksi bersetuju membantu polis dalam pertemuan baru-baru ini.

“Bantuan mereka amat diperlukan kerana mereka sering berada di setiap lokasi. Mereka sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk mengesan suspek.

“Berilah kepercayaan kepada kita dan suspek pasti akan diberkas,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, semalam.

Menurutnya, setakat ini, siasatan polis mendapati suspek berkulit gelap dan menaiki motosikal.

“Kita perlukan maklumat yang lebih, antaranya pakaian suspek, botol apa yang dipegang suspek dan jenis motosikal yang digunakan. Mangsa atau orang awam yang mempunyai maklumat perlu tampil,” katanya. 

eliau berkata melalui siasatan, suspek dikesan melakukan kegiatan itu pada waktu petang dari Isnin hingga Jumaat dan pada waktu pagi pada Sabtu serta Ahad.

Mengulas lanjut katanya, suspek juga dipercayai terlibat dalam tiga kes sama di Selangor dan motif kejadian itu masih disiasat.

Semalam akhbar melaporkan kebanyakan wanita yang menjadi mangsa diserang semasa bersendirian atau berjalan di laluan tidak sesak menuju ke kawasan letak kereta atau stesen transit aliran ringan.

Perbuatan mereka didapati aktif sejak Februari lalu.

Cecair terbabit memberi kesan gatal kepada mangsa jika terkena kulit, tetapi tidak mengakibatkan lecur.

Recent Comments

Blogger Gadgets