ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

My Exchange Banner

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Outright online bookkeeping for just $9.99 / mo!

Tuesday, May 10, 2011

Umno kini ‘sesak nafas’

Unknown | 11:19 PM | Best Blogger Tips

Do You Like This Story?



Dato' Mahfuz Omar menyifatkan Umno kini 'sesak nafas' bagi meraih sokongan rakyat kerana tidak henti-henti memainkan isu perkauman.

KUALA LUMPUR: Umno kini ‘sesak nafas’ lalu gemar membangkitkan sentimen perkauman dan keagamaan melalui lidah rasmi mereka -Utusan Malaysia – secara tidak langsung bantu memperkukuh politik parti DAP dan melemah kuasa MCA.
Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar menyifatkan Umno kini ‘sesak nafas’ bagi meraih sokongan rakyat kerana tidak henti-henti memainkan isu perkauman dan menimbulkan sentimen kebencian terhadap DAP yang digambarkan sebagai parti ‘rasis’.
Sebaliknya menurut beliau, tindakan ini membantu DAP dalam meraih sokongan masyarakat Cina kepada parti itu sekaligus mengurangkan kuasa MCA.
Beliau berkata, “saya ucap terima kasih dan tahniah kepada Umno kerana tolong bekerja untuk DAP dengan mengurangkan kuasa MCA.
Utusan Malaysia pula bantu memperkukuh politik DAP dan memperkecil MCA.
Umno cuba memainkan sentimen perkauman agar rakyat membenci DAP.
Tetapi mereka tidak sedar tindakan itu membuatkan orang Cina lebih sayangkan DAP.
“Inilah yang saya katakan, Umno buli MCA dan mereka buli orang Cina dalam Barisan Nasional (BN),” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata tidak wajar bagi Umno-BN menggunakan sentimen perkauman terhadap DAP kerana melihat politik Melayu-Islam tergugat apabila parti itu menang di Sarawak.
Ujar beliau, Umno-BN sepatutnya tidak menagih simpati pengundi kerana ia boleh merosakkan struktur negara yang dibina.
“Sepatutnya Umno-BN menghormati keputusan rakyat bukan dengan timbulkan isu perkuman. Bila DAP menang tidak patut jadikan DAP ‘punching bag’. Perbuatan itu hanya merosakkan sistem yang kita amalkan iaitu demokrasi berparlimen,” katanya.

‘Tidak mungkin PM orang bukan Islam’
Merujuk kepada laporan kontroversi Utusan Malaysia berhubung usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, Mahfuz berkata perkara itu tidak mungkin berlaku berdasarkan komposisi parlimen.
“Ini isu perlembagaan PAS tidak boleh halang…soalnya benda itu boleh berlakukah? DAP hanya menang kerusi yang ditandingi oleh MCA, Gerakan…..kerusi orang Cina.
“Kerusi orang Melayu, hanya PAS lawan Umno. Kalau PAS kalah, Umno menang. Kalau Umno kalah, PAS menang. Apa masalah? Jadi tidak timbul bukan Islam jadi PM, selagi mana majoritinya memihak kepada orang Islam,” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu Perdana Menteri dari kalangan orang bukan Islam.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan dakwaan pemimpin Kristian berkonspirasi dengan pemimpin DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara.
Akhbar tersebut juga turut melaporkan agenda menjadikan perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu yang dipetik melalui blog ‘Big Dog’ dan ‘Marahku’.
Hishammuddin, Rais kena minta maaf
Mahfuz juga meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Datuk Dr Rais Yatim memohon maaf ekoran kenyataan kedua-dua pemimpin itu yang disifatkan sebagai tidak wajar dan menyebabkan keharmonian negara terganggu.
Malah menurut beliau, blog yang menyiarkan dakwaan itu juga perlu diambil tindakan sewajarnya.
“Kalau mereka enggan hentikan memberi kenyataan yang tidak wajar itu, saya bersedia untuk berdebat dengan Hishammuddin dalam satu pentas pendebatan ilmiah……. jika benar Umno masih tegas bahawa Melayu menerima ancaman.
“Biar rakyat yang mengadili dan saya akan kemukakan bukti bahawa hakikatnya Umno-BN adalah pengkhianat sebenar,” tegas beliau.
Beliau berkata, “sepatutnya Hishammuddin menggantung Utusan Malaysia sebagai tanda kita serius kepada perkara-perkara yang mengundang kepada keadaan yang tidak harmoni ini.
“Utusan Malaysia harus diberikan pengajaran kerana perbuatan akhbar ini sudah melampau dan kalau dibiarkan akan berlaku huru-hara dalam negara,” jelas beliau.
Menyentuh pula isu kenaikan harga gula sebanyak 20 sen yang berkuatkuasa hari ini, Mahfuz menyifatkan tindakan kerajaan sebagai ‘licik’.
“Dulu naikkan harga minyak. sekarang kerajaan licik dalam mereka cakap pasal isu keagamaan mereka naikkan pula harga gula sehingga dua kupang (20 sen). Tak wajar sebab rakyat sudah terbeban.
Saya pasti sebarang kenaikan pada masa akan datang akan lebih besar,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Recent Comments

Blogger Gadgets