ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

ABU - ASALKAN BUKAN UMNO

My Exchange Banner

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Outright online bookkeeping for just $9.99 / mo!

Wednesday, May 11, 2011

Kg Tambatuon mahu Anwar rasmi Kaamatan

Sulaiman Kamal | 11:49 AM | Best Blogger Tips

Do You Like This Story?



Satu tamparan( pangggggg!!) hebat kepada parti pemerentah Negeri Sabah.Penduduk Kota Belud mahu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merasmikan Pesta Kaamatan mereka, bukan lagi pemimpin Barisan Nasional (BN).


Aduhhhh!!!!, Malu malu, rakyat telah menentukan penomina mereka sendiri.Penduduk penduduk kampung telah berubah.Rakyat di Tambatuon sudah hilang keyakinan terhadap pemimpin-pemimpin BN dan sama sekali tidak percaya segala janji manis mereka untuk memindahkan mereka bersama kemudahan-kemudahan hidup yang jauh lebih selesa jika bersetuju kampung ditenggelamkan untuk pembinaan empangan berkenaan. 


Kah.........Kah..........Kah.............Pandikutti

Kah..........Kah.........Kah..............Pandikutti

Kah..........Kah.........Kah..............Pandikutti



Mereka sedang merancang mengadakan Tadau Kaamatan yang sederhana di mana Ketua Pembangkang dapat menghadirinya.

KOTA BELUD: Penduduk Kampung Tambatuon di Kota Belud, Sabah yang terancam dengan cadangan pembinaan empangan air, kini sudah berubah.
Mereka mahu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merasmikan Pesta Kaamatan mereka, bukan lagi pemimpin Barisan Nasional (BN).
Pengerusi Jawatankuasa Bantahan Empangan Air Tambatuon, Jahim Singkui, 46, memberitahu FMT mereka sedang merancang mengadakan Tadau Kaamatan yang sederhana di mana pemimpin pembangkang itu dapat menghadirinya, sekali gus mendengar keluhan kira-kira 800 penduduk kampung itu yang rata-ratanya menolak empangan berkenaan.
Empangan air setinggi 300 kaki berkenaan, jika diteruskan, dianggarkan menelan belanja sekurang-kurangnya RM450 juta, bakal menenggelamkan Kampung Tambatuon dan Kampung Kaung serta memaksa pemindahan ratusan penduduk di Kampung Lingkubang.
“Kami dengar Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, akan melawat Kampung Tengkurus tidak jauh dari sini pada 28 Mei ini, tetapi kami mahu agar Anwar dapat datang ke Kaamatan atau sekurang-kurangnya menjejakkan kaki ke kampung kami,” katanya sambil menyatakan para pemimpin negeri DAP, PKR dan SAPP telah beberapa kali melawat kampung tersebut.
Difahamkan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Teck Lee sudah pun dua kali melawat Kampung Tambatuon manakala pemimpin United Borneo Front (UBF) pernah datang sekali.
Ketua DAP Sabah, Jimmy Wong telah bermalam di kampung itu baru-baru ini dan melawat tapak Batu Sumpah di Tambatuon Lama, tiga tugu batu penanda perjanjian memelihara keamanan kampung tersebut antara pihak kerajaan British dan rakyat tempatan selepas Perang Dunia Kedua dulu.
Jahim mendakwa rakyat di Tambatuon sudah hilang keyakinan terhadap pemimpin-pemimpin BN dan sama sekali tidak percaya segala janji manis mereka untuk memindahkan mereka bersama kemudahan-kemudahan hidup yang jauh lebih selesa jika bersetuju kampung ditenggelamkan untuk pembinaan empangan berkenaan.
“Saya sudah melawat bekas penduduk yang dipindahkan akibat pembinaan Empangan Bakun di Sarawak, dan saya juga sudah melawat penduduk di Tampasak, Babagon. Janji-janji BN hanya kosong. Sudah 15 tahun penduduk Bakun masih lagi menunggu keselesaan, mereka kini mengadu kesukaran hidup.
“Dijanjikan tanah sekian, tetapi yang diberi hanya begini. Dijanjikan rumah, akhirnya rumah pun kena sewa. Habis tanaman dan ikan,
di mana mereka mencari kehidupan…..di Tampasak demikian juga. Kami tidak mahu ini terjadi kepada kami,” katanya sambil menuduh BN tidak mempunyai integriti dari segi janji-janji.
Kerajaan tidak ikhlas 

Jahim juga mendakwa Kerajaan tidak ikhlas dan berterus-terang dalam pembinaan empangan tersebut kerana tidak berdialog terlebih dahulu dengan rakyat sebaliknya menghantar suruhan-suruhan yang berselindung dan berpura-pura.
Beliau berkata, “pada tahun 2009, kami mendapati ada beberapa pekerja menyukat dan mencari batu-batu penanda di kampung ini, apabila kami tanya mereka tidak menjawab dengan jujur.
“Kemudian sepasukan juruperunding tanah dan bumi datang dengan segala peralatan menggerudi, barulah mereka tidak dapat berselindung lagi.
“Kami tanya untuk apa, barulah mereka mengaku membuat kerja tinjauan dan penyelidikan kerana ada rancangan untuk membina empangan di Tambatuon.
“Saat itu kami suruh mereka kemas barang mereka dan pulang dan jangan lagi datang ke kampung kami…” katanya menjelaskan secara terperinci kepada FMT yang melawat kampung itu semalam.
Cadangan projek Empangan Tambatuon itu dikatakan untuk pengairan sawah-sawah padi di Kota Belud yang dirancangkan menjadi jelapang padi utama Sabah.
Sawah-sawah padi berkenaan masih mendapat bekalan air menerusi empangan Wokok di pekan Kota Belud yang dibina pada zaman British. Bekalan air untuk sawah juga kini dibantu oleh empangan kecil Sungai Kadamaian di Taginambur.
Beberapa pihak termasuk pemimpin masyarakat seperti bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian (dulu Sorob dan kemudian Kebayau), Ismail Gimbad, telah mencadangkan tapak alternatif pembinaan empangan berdekatan sempadan Kota Belud.
Tapak alternatif
Beliau mencadangkan tapak alternatif di Kota Marudu yang tidak jauh dari Gunung Tambuyukon tetapi kerajaan belum beri maklum balas atas cadangan itu.
Adun Kadamaian sekarang, Herbert Timbon Lagadan, dilaporkan beberapa kali memujuk penduduk dan pemimpin Tambatuon agar menyetujui rancangan kerajaan membina empangan di kampung mereka tetapi sebaliknya beliau dicemuh dan dilemparkan dengan pelbagai gelaran oleh penduduk kampung sehingga berlaku pertelagahan.
Pertelagahan itu memaksa pemecatan Ketua Kampung Tambatuon, Singkui Tinggi, yang kini juga tidak lagi menyokong BN sedangkan pada suatu masa dahulu beliau menjadi orang kuat Umno.
Penolakan rakyat terhadap cadangan empangan itu begitu kuat sehinggakan Ketua Kampung sekarang ini pun, Amin Goling, menghadapi masa yang sukar untuk meyakinkan rakyat menandangkan ahli keluarga dan kaum kerabatnya sendiri juga membantah empangan tersebut.
“Kami mendapat sokongan kuat dari kampung-kampung berdekatan seperti Bundu Paka, Lingkubang, Melangkap, Kaung malah dari Piasau yang jauh di hilir sungai Kadamaian. Kawasan ini akan menjadi kawasan sukar kepada calon Parlimen dan Adun dari BN pada pilihan raya akan datang,” ramal Jahim.
Beliau juga mendakwa sementara penduduk kampung yang rata-ratanya beragama Kristian sentiasa bersedia berdialog dengan mana- mana pihak, para pemimpin BN termasuk Adun sekarang sudah mulai “takut” masuk ke kampung.
“Mereka tidak dapat meyakinkan kami. Kami nekad mempertahankan kampung ini walau apa pun yang terjadi…..” katanya lagi.

Recent Comments

Blogger Gadgets